Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.
- Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
- Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
- Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
- Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
- Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
- Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.
No comments:
Post a Comment