Permainan 'mencari cucu’ mi merupakan salah satu daripada permainan tradisional. Anak-anak zaman sekarang tidak mengetahui beberapa permainan tradisional yang dahulunya menjadi permainan datuk nenek dan ibu bapa mereka semasa di alam kanak-kanak. Namun begitu permainan tradisional tidak harus dibiarkan Ienyap.
Dalam permainan ‘mencari cucu’ ini, kita hendaklah memilih satu kawasan yang Iapang di Iuar rumah. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak terhad. Sediakan sehelai sapu tangan untuk menutup mata seorang pemain yang dipilih menjadi ‘nenek’.
Pemain ini diletakkan di tengah bulatan yang dibuat oleh pemain-pemain lain. Sambil berpegangan tangan dan mengelilingi ‘nenek’, mereka akan menyanyikan lagu:
Nenek, nenek si bongkok tiga,Siang mengantuk malam berjaga,Cari cucu di mana berada,Nenekku kahwin dengan anak raja.
Sewaktu pemain-pemain lain menyanyikan lagu ini, ‘nenek’ hanya perlu mendiamkan diri dan membongkokkan badan berlagak seperti orang tua.
Sebaik sahaja selesai pemain yang lain menyanyi, pemain yang berlagak ‘nenek’ itu pula menyanyi:
Cucu, cucu, tak dapat Iari,Nenek tua banyak sakti,Sekarang nenek nak cari ganti,Siapa kena dia yang jadi.
Setelah selesai ‘nenek’ menyanyi, pemain-pemain lain tidak dibenarkan berlari melainkan duduk di dalam bulatan sambil mendiamkan diri. Ketika ini ‘nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba meneka siapakah orang yang telah dipegangnya. Jika tekaannya betul, maka pemain yang telah diteka oleh ‘nenek’ itu pula menjadi ‘nenek’. Permainan ini diulangkan semula.
Permainan ini memang seronok dimainkan. Selain daripada menghiburkan permainan ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment