- Menangkap pemain yang dikejar.
- Bahan atau peralatan : Tiada
- Tempat : Kawasan lapang
- Bilangan kanak-kanak : lebih daripada 3 orang
Peraturan Permainan :
- Siapa yang ditangkap mesti akan menjadi pengejar.
Cara Bermain :
- Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian.
- Undian dibuat dengan cara seorang membuka tangan dengan lebar. Pemain lain meletakkan jari telunjuk masing-masing di bawah tapak tangan.
- Mereka akan menyebut, "Lam alif" pemain yang tangan dibuka akan menutup dan menggenggam tangan.
- Pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman.
- Pemain yang jarinya tertangkap akan menjadi pengejar.
- Pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain berasa dia akan disentuh, maka dia perlu duduk.
- Seorang pemain berpeluang duduk sebanyak tiga kali sahaja apabila dikejar.
- Apabila dia duduk bermakna dia terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar.
- Apabila pemain itu duduk untuk kali yang ketiga, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat.
- Pengejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula.
- Permainan akan dimainkan semula.