Thursday 5 July 2012

SEJARAH TABIKA KEMAS BESOUT 2

Tabika ini ditubuhkan di bawah FELDA pada tahun 1982. Bangunan khas ini didirikan bagi tujuan sebagai tempat pembelajaran yang kenali sebagai Tadika Felda bagi bagi kanak-kanak berusia 6 tahun di sekitar penduduk Besout 2 dengan menyediakan 2 orang guru yang diberi elaun oleh pihak Felda.

Pada tahun  1992, Tadika Felda telah bertukar kepada Tabika Kemas setelah Kemas mengambil alih semua tadika-tadika Felda di seluruh Malaysia di bawah kementerian yang sama iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW).

Di Tabika ini telah menempatkan 2 orang guru dan 2 orang pembantu bagi menjalankan 2 buah kelas di tabika ini. Setelah berusia lebih 20 tahun, kelas ini masih beroperasi dengan baik dan masih mendapat sambutan dari penduduk setempat. 2 orang guru itu ialah saya sendiri iaitu Puan Kamisah Abd Rahman dan seorang guru dari Sungkai iaitu Cikgu Suzika binti Mohd.

No comments: